Taklimat Pengenalan PI Dan Keselamatan Penggunaan Internet

8 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2020, Pusat Internet Kg Quop dan Pusat Internet PPR Batu Gong dijemput untuk memberikan taklimat Pengenalan Pusat Internet dan Keselamatan Penggunaan Internet sempena Minggu Mesra Pelatih Giatmara Mambong Sesi 1.2020. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat khususnya penduduk di sekitar bandar siburan. Selain itu, pihak Pusat Internet juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kesedaran kempen Klik dengan Bijak dengan memfokuskan Keselamatan Penggunaan Internet.

Kempen kesedaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelatih tentang Klik Dengan Bijak semasa melayari internet dan Keselamatan Internet semasa menggunakan Internet. Taklimat dihadiri oleh 30 orang pelatih baru Giatmara mambong untuk sesi 1.2020. Pelatih didedahkan cara untuk membuat kata kunci keselamatan yang betul dan benda perlu dibuat supaya data kita tidak di ceroboh oleh orang yang tidak betanggungjawab.

Seterusnya, pelatih juga dinasihatkan agar melindungi data peribadi sendiri tanpa sewenang -wenangnya memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali juga tidak terlampu berkongsi hal peribadi di dalam media sosial. Sehubungan itu, pelatih juga didedahkan dengan isu-isu jenayah siber termasuklah buli siber dan body shamming. Di akhir perkongsian, pelatih didedahkan dengan saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan jika dibuli secara dalam talian. Untuk aktiviti selingan pula, pelatih juga dibawa untuk bermain permainan kahoot.com secara dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali